Get Flower Effect

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA


Friday, 25 September 2015

BAHASA

Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenag-wenangnya, tetapi mempunyai struktur.

Cole (1998) – bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara -aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna sengan sistem komunikasi kompleks.

Bahasa adalah bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa .

Fungsi bahasa dalam masyarakat:
  • Menggambarkan suasana.
  • Menyampaikan maklumat antara penutur dengan pendengar.
  • Supaya pendengar menyambut (percakapan).
  • Untuk menyatakan perasaan.


Untuk mempertingkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato adalah digalakkan sebagai galakan pengggunaan bahasa.

Sekolah wawasan (tiga aliran sekolah yang berbeza) –
 membolehkan murid-murid di sjkc menguasai bahasa melayu dan bahasa kebangsaan disamping membolehkan  murid memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum yang berlainan.



No comments:

Post a Comment