Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat
yang sama.
Roucek dan Warren (1979) -Masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam manjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka hidup bersama.
De Fleur (1974) -Masyarakat sebagai sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, dimana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial.
Ciri-ciri utama Masyarakat :
- Hidup berkelompok.
- Mempunyai budaya.
- Sering mengalami perubahan.
- Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar.
- Mempunyai pemimpin.
- Mempunyai aturan sosial.
Struktur masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat.
Contohnya, murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain
Murid perlu didedahkan supaya mereka dapat mengelakkan
rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka .
Hubungan yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi dalam bilik darjah yang menjamin kesejahtaeraan dan keharmonian murid.
Hubungan yang baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang dapat disemai dalam jiwa murid-murid.
Oleh itu, masalah tingkah laku yang tidak diingini dapat dikurangkan dan dibendung dengan lebih berkesan.
Murid golongan bawahan dan golongan atasan dapat bergaul tanpa mengira budaya dan masyarakat lain.
Secara langsung satu suasana pembelajaran yang kondusif akan terbentuk.
No comments:
Post a Comment