Get Flower Effect

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA


Friday, 25 September 2015

BANGSA


Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Menurut Kamus Pelajar (1993), bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifatnya.

Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang di anggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini.

Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik.


ETNIK / KAUM

Merujuk kepada :
Kelompok manusia yang mempunyai budaya yang berbeza   merangkumi :

  • Cara berfikir
  • Cara bertindak
  • Sistem politik
  • Kepercayaan
  • Agama
  • Bahasa
  • Adat resam

RAS

Satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal.

Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.

Merujuk kepada satu kelompok manusia yang menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal.

KEADAAN  DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik.
Hubungan antara  etnik yang berbeza wujud dalam suasana yang baik dan mampu memacu perkembangan ekonomi negara.
Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat.
Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

PENYERAPAN BUDAYA

Penyerapan budaya melalui beberapa proses:
  
Asimilasi
   -Budaya masyarakat majoriti/ dominan menyerap budaya masyarakat minoriti/imigran
    tanpa membawa perubahan kepada kebudayaan yang menyerapnya.

Amalgamasi
    -Proses percantuman dari segi biologi berlaku melalui perkahwinan campur
    -Perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok baru yang seterusnya membentuk budaya baru
     dalam masyarakat berkenaan .

Pluralisme
  -Proses mempertahankan kepelbagaian budaya
  -Ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok dikekalkan
  -Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan kelompok, justeru itu terus mengamalkan budaya          yang diwarisinya.

Qakomodasi
    -Setiap etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain.
    -Mereka menghormati budaya etnik lain dan dalam masa yg sama mempertahankan budaya                  mereka sendiri.

Qakulturasi
    -masyarakat menerima dan meminjam unsur- unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah
      unsur-unsur budaya asal.
     -proses ini juga dikenali sebagai asimilasi budaya.

No comments:

Post a Comment