Get Flower Effect

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO BUDAYA


Friday, 25 September 2015

KEPERCAYAAN

Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.

Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa ‘pasti’ terhadap sesuatu perkara yang berkenaan
Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak.

Kepercayaan akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan  masyarakat.

Kamus Dewan (1994)  - kepercayaan  merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu
Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU

Masyarakat melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.

Bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan secara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat.

Contohnya:
  • Melarang anak duduk atas bantal.
  • Tidak boleh menyanyi atau bersiul di dapur.


KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA.

Percaya kepada semangat yang ekkuatannya luar biasa – semangat yang berada di dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah air, tumbuhan dan gunung.

Fenomena ‘yang’ dan ‘ying’

‘Jade’ – memberi kekayaan dan keharmonian

Feng-shui – memberi tuah dalam kehidupan.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT INDIA

  • Dewa-dewi.
  • Unsur alam.
  • Unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu.


Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya akan menerima nasib buruk atau kesan negatif.

Nilai dan kepercayaan adalah saling berkaitan.

Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.

Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat.

Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut .




No comments:

Post a Comment